Monday, May 18, 2009 @ 20:41
these few days,my life have been full of nonsense and craps.im living in a stress and confused state.why cant i just move on as per normal,without having any deep thoughts.why cant i just be happy with the people around me.why cant i just continue having the happiness.
ya allah,aku tidak tahan lagi dengan segala dugaan yang engkau telah berikan kepada ku selama ini.aku tidak kuat.aku telah cukup merana di dunia ini,apakan daya apabila di akhirat kelak.adakah ini semua adalah balasan untuk diriku,ya allah.aku sedar aku telah banyak membuat kesilapan di dunia ini.aku sekadar umat biasa yang tidak putus dari membuat kesilapan.adakah aku bersalah untuk sekadar menyayangi fadzlee.aku hanya ingin memberikan kasih sayang kepadanya.tetapi engkau hanya memberi daku 4 bulan untuk mencurahkan kasih sayang aku kepadanya.terima kasih walaupun aku tidak dapat bersamanya.kerana aku percaya pasti ada hikmah disebalik semua ini.tetapi aku tidak tahan lagi hidup merana di dunia ini.ya allah,aku tidak berdaya untuk meneruskan hidup ku ini.aku seperti tidak mahu tahu akan masa depan ku ini.aku tidak mahu meneruskan hidup ku ini.aku tidak mahu lagi menyakiti org yang aku sayangi dan membuat banyak dosa.kuatkanlah imanku dan bukakanlah hati ku untuk kepada mu dan balik ke jalanmu.seandainya sudah tiba untuk aku meninggalkan dunia ini,engkau panjangkanlah umur orang-orang yang aku sayangi.kini,aku perlu tabah dan kuatkan diri.aku harus meneruskan hidup aku ini seperti biasa.walaupun di dalam,aku merana kesakitan.aku sudah menjadi lemah,aku pulang sendirian dalam keadaan lemah.ya allah,berikanlah petunjukmu kepada aku untuk meneruskan hidup ini.for you choco,i will be waiting for you but at the same time,moving on.sorry if i hurt your feelings.hope you understand how painful my life have been since you left me.
Labels: i miss MM.